Selasa, 26 Mac 2013

PESTA BUNGIN SARIBAS 2013

KAMI JUARA: Pekayuh pasukan Khazanah 3 meraikan kejayaan mereka merangkul juara.

         

SARIBAS: Raja Air Batang Saribas sah menjadi milik Perahu Khazanah 3 kepunyaan Kadir Manap setelah menjuarai acara kemuncak lumba perahu, Champion Sakai 30 sempena Pesta Bungin 2013 di Kampung Bungin, Saribas yang berakhir kelmarin./Manakala, perahu Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang yang mengekori rapat menduduki tempat kedua sambil perahu Puteri Krian milik Janang Nambu di tempat ketiga. Dengan kejuaraan itu, Khazanah 3 berjaya merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM1,050 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. nSementara itu, naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM875 berserta piala dan sijil. Manakala tempat ketiga meraih wang tunai RM700 serta piala dan sijil penyertaan. Turut berlangsung ialah kategori Champion bagi Sakai 10, Sakai 15, Sakai 20, Sakai 25 sempena pertandingan tersebut. Untuk saingan akhir Sakai 25, juara disandang oleh perahu Sambang Buih Helang Hitam kepunyaan Hisyamudin Yak diikuti naib juara dan ketiga masing-masing milik perahu Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang dan Keling Terbai kepunyaan Tait Bagat. Dalam acara Sakai 20, perahu Beragai Terbang 1 milik Haris Yakop muncul juara diikuti Sambang Buih Tanduk Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang (naib juara) dan tempat ketiga Lang Ganas Terbang Laju 2 kepunyaan Teri Feri Mat. Kategori akhir Sakai 15 pula, juara dimenangi Kuda Sakti Terbang 1 milik Ella Enterprise diikuti Beragai Terbang 2 kepunyaan Salvia Bondan (kedua) dan Khazanah 3 kepunyaan Kadir Manap (ketiga). Sementara itu, perlumbaan Sakai 10 lelaki, juara disandang perahu Kuda Sakti Terbang 1 milik Nisi Rosnah diikuti Sambang Buih Sakti 1 milik Yak @ Sebeli Kudang (naib juara) dan tempat ketiga perahu Puteri Krian 1 kepunyaan Janang Nambu.
Untuk setiap pemenang bagi acara akhir tersebut hadiah disampaikan hingga kedudukan kelima dan pemenang membawa pulang hadiah dalam bentuk wang tunai dan juga piala-piala iringan. Hadiah pemenang disampaikan mantan ADUN Saribas yang juga Penaung Pesta Bungin, Dr Wahbi Junaidi. Penangguhan Majlis Pesta Bungin 2013 disempurnakan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Pecut 30. Juara bagi acara Pecut 30 turut disandang oleh Khazanah 3 milik Kadir Manap diikuti Puteri Krian kepunyaan Janang Nambu di tempat kedua dan Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang tempat ketiga. Selain itu, turut diadakan acara lumba pecut bagi acara Pecut 10, Pecut 15, Pecut 20 dan Pecut 25 juga diadakan. Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Industri (Promosi dan Pelaburan) dan Pembangunan Luar Bandar, Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam dan Pengerusi Pesta Bungin 2013, Abang Morni Abang Ahmad.



Read more: http://www.theborneopost.com/2013/03/13/raja-air-batang-saribas-milik-khazanah-3/#ixzz2OgbdShZf