Selasa, 26 Mac 2013

PESTA BUNGIN SARIBAS 2013

KAMI JUARA: Pekayuh pasukan Khazanah 3 meraikan kejayaan mereka merangkul juara.

         

SARIBAS: Raja Air Batang Saribas sah menjadi milik Perahu Khazanah 3 kepunyaan Kadir Manap setelah menjuarai acara kemuncak lumba perahu, Champion Sakai 30 sempena Pesta Bungin 2013 di Kampung Bungin, Saribas yang berakhir kelmarin./Manakala, perahu Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang yang mengekori rapat menduduki tempat kedua sambil perahu Puteri Krian milik Janang Nambu di tempat ketiga. Dengan kejuaraan itu, Khazanah 3 berjaya merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM1,050 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. nSementara itu, naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM875 berserta piala dan sijil. Manakala tempat ketiga meraih wang tunai RM700 serta piala dan sijil penyertaan. Turut berlangsung ialah kategori Champion bagi Sakai 10, Sakai 15, Sakai 20, Sakai 25 sempena pertandingan tersebut. Untuk saingan akhir Sakai 25, juara disandang oleh perahu Sambang Buih Helang Hitam kepunyaan Hisyamudin Yak diikuti naib juara dan ketiga masing-masing milik perahu Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang dan Keling Terbai kepunyaan Tait Bagat. Dalam acara Sakai 20, perahu Beragai Terbang 1 milik Haris Yakop muncul juara diikuti Sambang Buih Tanduk Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang (naib juara) dan tempat ketiga Lang Ganas Terbang Laju 2 kepunyaan Teri Feri Mat. Kategori akhir Sakai 15 pula, juara dimenangi Kuda Sakti Terbang 1 milik Ella Enterprise diikuti Beragai Terbang 2 kepunyaan Salvia Bondan (kedua) dan Khazanah 3 kepunyaan Kadir Manap (ketiga). Sementara itu, perlumbaan Sakai 10 lelaki, juara disandang perahu Kuda Sakti Terbang 1 milik Nisi Rosnah diikuti Sambang Buih Sakti 1 milik Yak @ Sebeli Kudang (naib juara) dan tempat ketiga perahu Puteri Krian 1 kepunyaan Janang Nambu.
Untuk setiap pemenang bagi acara akhir tersebut hadiah disampaikan hingga kedudukan kelima dan pemenang membawa pulang hadiah dalam bentuk wang tunai dan juga piala-piala iringan. Hadiah pemenang disampaikan mantan ADUN Saribas yang juga Penaung Pesta Bungin, Dr Wahbi Junaidi. Penangguhan Majlis Pesta Bungin 2013 disempurnakan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Pecut 30. Juara bagi acara Pecut 30 turut disandang oleh Khazanah 3 milik Kadir Manap diikuti Puteri Krian kepunyaan Janang Nambu di tempat kedua dan Sambang Buih Sakti kepunyaan Yak @ Sebeli Kudang tempat ketiga. Selain itu, turut diadakan acara lumba pecut bagi acara Pecut 10, Pecut 15, Pecut 20 dan Pecut 25 juga diadakan. Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Industri (Promosi dan Pelaburan) dan Pembangunan Luar Bandar, Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam dan Pengerusi Pesta Bungin 2013, Abang Morni Abang Ahmad.



Read more: http://www.theborneopost.com/2013/03/13/raja-air-batang-saribas-milik-khazanah-3/#ixzz2OgbdShZf

Rabu, 28 November 2012

New T-SHIRT Design For 2013

                                                                   New Design T-shirt

Logo 

Rabu, 14 November 2012

RAJA AIR BATANG SARIBAS 2012


RAJA AIR: Para pekayuh perahu Sambang Buih Sakti meraikan kejayaan dinobatkan Raja Air Batang Saribas, Ahad lepas.


            SARIBAS: Kehebatan pasukan Sambang Buih Sakti dari Kampung Debak berjaya merangkul gelaran ‘Raja Air Batang Saribas’ sempena Pesta Ikan Buntal Mangut 2012 setelah menewaskan lawan, pasukan Khazanah Dua yang merupakan pesaing hebat. Sambang Buih Sakti muncul juara bagi kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki yang merupakan kategori utama dipertandingkan pada acara regata di Sungai Batang Saribas, Mangut semalam. Dengan kemenangan itu, perahu milik Yak @ Sebli Kundang itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,200 berserta piala iringan dan piala pusingan. Manakala perahu Khazanah Dua milik Kadir Manap yang muncul naib juara meskipun menyapu bersih semua kategori dalam pertandingan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM900 berserta piala iringan dan piala. Pasukan Beragai Terbang Lima milik Linda Dayun Malong muncul tempat ketiga bagi kategori terbabit turut membawa pulang hadiah wang tunai RM600 serta piala iringan dan piala.  Sementara itu, pasukan Khazanah Dua menyapu bersih semua gelaran kecuali Raja Air Batang Saribas memenangi kategori perahu bidar 10, 15, 20 dan 25 pekayuh.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/14/raja-air-batang-saribas-milik-sambang-buih-sakti/#ixzz2CDuljn1h

http://www.theborneopost.com/2012/11/14/raja-air-batang-saribas-milik-sambang-buih-sakti/

Isnin, 12 November 2012

Family Day Sambang Buih



          DEBAK,Pada 9-10 November 2012 kelab Sukan Air Debak Sambang Buih Sakti telah mengadakan hari keluarga. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri lebih kurang 100 orang untuk hadir meraikan Hari Keluarga Kelab Sambang Buih Sakti. Aktiviti ini disertai ahli keluarga dikalangan ahli kelab. Ketua Kampung Babu Hilir Debak telah merasmikan dan menyampaikan hadiah pada aktiviti ini. Beliau juga adalah penasihat kepada kelab ini juga, Admin berharap agar aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang





Raja Air Pesta Buntal 2012

Foto Oleh Adi Safarman