Rabu, 14 November 2012

RAJA AIR BATANG SARIBAS 2012


RAJA AIR: Para pekayuh perahu Sambang Buih Sakti meraikan kejayaan dinobatkan Raja Air Batang Saribas, Ahad lepas.


            SARIBAS: Kehebatan pasukan Sambang Buih Sakti dari Kampung Debak berjaya merangkul gelaran ‘Raja Air Batang Saribas’ sempena Pesta Ikan Buntal Mangut 2012 setelah menewaskan lawan, pasukan Khazanah Dua yang merupakan pesaing hebat. Sambang Buih Sakti muncul juara bagi kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki yang merupakan kategori utama dipertandingkan pada acara regata di Sungai Batang Saribas, Mangut semalam. Dengan kemenangan itu, perahu milik Yak @ Sebli Kundang itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,200 berserta piala iringan dan piala pusingan. Manakala perahu Khazanah Dua milik Kadir Manap yang muncul naib juara meskipun menyapu bersih semua kategori dalam pertandingan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM900 berserta piala iringan dan piala. Pasukan Beragai Terbang Lima milik Linda Dayun Malong muncul tempat ketiga bagi kategori terbabit turut membawa pulang hadiah wang tunai RM600 serta piala iringan dan piala.  Sementara itu, pasukan Khazanah Dua menyapu bersih semua gelaran kecuali Raja Air Batang Saribas memenangi kategori perahu bidar 10, 15, 20 dan 25 pekayuh.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/14/raja-air-batang-saribas-milik-sambang-buih-sakti/#ixzz2CDuljn1h

http://www.theborneopost.com/2012/11/14/raja-air-batang-saribas-milik-sambang-buih-sakti/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan